Saturday 30 April 2011

Tip Mengelakkan Daripada Berhutang

1. Elakkan dari sebarang kemudahan auto-debit dan pembayaran mudah dan sebagainya melalui kad kredit. Ia terlalu mudah sehingga akan menyusahkan anda satu hari nanti.

2. Elakkan dari berbelanja dipasaraya tanpa senarai barang. Anda akan mula rambang mata dan membeli sesuka hati (lebih-lebih lagi anda mempunyai kad kredit)

3. Jadikan hutang ini sebagai satu perkara yang luar biasa dan patut dielakkan selagi boleh. Hutang? Hmm.. apa tu? Yang saya tahu hanya TUNAI!

4. Jadikan proses berhutang sesuatu yang sangat rumit bagi anda. Buat senarai jika anda berhutang, anda perlu mendapat kelulusan pasangan anda, ibubapa anda, kawan-kawan, mengeluarkan segala senarai simpanan anda dan apa-apa saja yang anda rasa sukar.

5. Lengah-lengahkan keputusan untuk berhutang. Semakin lambat semakin bagus. Kerana apabila anda berlengah kebarangkalian anda tidak jadi berhutang lebih tinggi.


Dari jabir bin Abdullah r.a., katanya: Pernah Rasulullah s.a.w apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda: “(Masa) aku diutuskan [...]

p/s: maap2... tlmbat sket... BuZy sKeT... sLaMaT BrAmAl... hu3 :)

Wednesday 23 March 2011

Tip Mengelakkan Daripada Berhutang

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa petua mengelakkan hutang. Sila ambil perhatian! bahawa saya menyebutnya tip mengelakkan hutang dan bukannya tip melangsaikan hutang. Cadangan langkah ini adalah untuk menyelamatkan nyawa anda daripada ditarik hutang baru. Tentang hutang lama yang sudah sedia ada itu. Hermm.. itu adalah cerita kita di lain post nanti.


Jangan berhutang
Sudah tentu. Inilah cara terbaik untuk mengelakkan hutang. Tiada yang lebih bagus daripada ini. Tiada yang lebih berkesan daripadanya. Jangan berhutang dan anda pasti selamat. Ini sesuatu yang sukar tapi inilah yang terbaik.


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
" Berhati-hatilah kamu dalam berhutang,sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan  di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari"



p/s: nAk WaT pE hUtAnG2 nEy... MnYusAhkAn jEa... So0 jGn lA hUtAnG2 NeY.... huhuu aMal2 kAn eA :)

Monday 21 March 2011

cErItErA

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap, saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Seorang anak telah tertelan duit syiling 10 sen..
lalu dia memberitahu kepada ibunya.. tapi si ibu
dengan tenang mengatakan yang syiling tersebut akan
keluar sewaktu membuang air besar.

Pada masa si anak ini buang air besar, yang keluar
bukan 10 sen tetapi 50 sen. Si ibu pun kehairanan, dia
berpikir bila syiling ditelan maka akan keluar lebih
banyak. Tanpa pikir panjang.. si ibu pun terus menelan

syiling RM 1.00 dengan harapan akan keluar wang kertas
yang mempunyai nilai yang lebih besar.

Pada masa membuang air besar, yang keluar adalah
sekeping kertas.... Si ibu dengan senyum membuka
kertas tersebut untuk melihat nilainya.. lalu dia
memdapati ada tulisan berbunyi..

"ANDA BELUM BERUNTUNG.. SILA CUBA LAGI.."


Perbezaan Keperluan Dan Kehendak

Sekali pandang mungkin nampak lebih kurang sama maksud dan tafsiran mengenai kedua-dua perkataan ini. Tapi kalau dilihat secara mendalam, apa yang boleh disimpulkan. Keperluan ialah sesuatu yang kita sangat-sangat perlukan. Air dan elektrik sebagai contoh merupakan sebahagian daripada keperluan. Kehendak pula bolehlah ditafsirkan sebagai penambahan kepada keperluan. Kalau kehendak itu tidak ada, kita masih lagi boleh hidup dengan selesa tanpa masalah. Jadi secara ringkasnya keperluan = asas dan kehendak = penambahbaikkan. Walau bagaimanapun cara untuk mendefinisi keperluan dan kehendak ini bergantung pada individu. Jika kita lebih mengejar kehendak maka hidup kita akan penuh dengan masalah. Ada sesetengah perkara merupakan keperluan kepada individu lain tetapi pada individu yang lain pula perkara tersebut merupakan kehendak. Telefon bimbit sebagai contoh mungkin merupakan keperluan pada kita pada masa sekarang tetapi untuk fakir miskin perkara tersebut hanyalah kehendak kerana ada perkara lain yang lebih diperlukannya seperti tempat tinggal, bekalan air bersih, pakaian dan makanan. Kehendak dan keperluan ini juga berubah mengikut aliran masa. Sepuluh tahun dahulu, telefon bimbit hanyalah sebagai kehendak. Tetapi sekarang telah menjadi keperluan bagi kebanyakkan lapisan masyarakat. Begitu juga dengan kereta, televisyen dan lain-lain. Selain itu perbezaan antara kehendak dan keperluan ialah dari faktor kewangan. Selalunya keperluan ini kita akan dahulukan dan tidak berkira untuk membelanjakan duit ke atasnya. Tetapi kehendak ini selalunya dipenuhi apabila ada lebihan wang atau setelah semua keperluan dimiliki. Jadi sebelum merancang memiliki sesuatu,


Al-Quran sendiri menguatkan teori ini ketika ia mengatakan,"Tiap-tiap umat memiliki kiblatnya sendiri yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah dalam kebaikan." (QS 2: 148)

/
p/s: WaAaHhH... pS 4... Ni kEpErLuAn kE kEhEnDaK Ea???? huhuhuhu rNunG2 KaN la.. :)

Sunday 20 March 2011

tip 5 : Lakukan perbandingan harga

Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya.Terdapat sesetengah kedai menjual barangannya dengan harga yang melampau sehingga mencekik darah.Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, kte hendaklah membandingkan harga terlebih dahulu . Amalan ini membantu juga untuk berjimat dan mengelakkan diri daripada ditipu.


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (QS An-Nisa: 29)


p/s: PeNgGuNa BiJaK FaEdAhNyA BnYaK...... huhuhuhu :)

Friday 18 March 2011

Tip 4: Kurangkan Membeli Barangan Yang Berjenama

Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya. Di samping itu, membeli barangan jenama tempatan juga salah satu cara berjimat lantas dapat memajukan negara kita.


“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Surah al-hadiid ayat 20-23



p/s : wahh... nA gEmPaK jEa... Cba lA pKaI kSut JeNaMa MaLaYSiA KeA... pKaI bJu JnAmA mAlAySiA KeA.. kn JimAt

Tuesday 15 March 2011

Tip 3: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas

Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan penghawa dingin, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci

Dari jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Peliharalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan kerana setiap orang diberi suatu pemberian, maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik keturunannya”. (Muslim) Harta sebagai salah satu amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat manusia haruslah disyukuri dengan cara membelanjakannya di jalan [...]


p/s: aDeK2.. jGn lA mEn AiR eA... kLu Nk mEn AiR... aJk lA mAk AyH pEgI wAtEr pArK eA.... huhuhuh :)

Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan

Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.

Dari ibnu Umar ra katanya; Rasulullah SAW memegang bahuku lalu ia bersabda: “Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)”. Dan adalah Ibnu Umar ra berkata: “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah [...]

p/s; yG aDeK kCik2 nEy... sImPaN lA dLm TaBuNg eA.... SkIt2 lMa2 jDi BuKiT... huhuhu :)





Monday 14 March 2011

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga

Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.

Dan kewajiban ayah memberikan makanan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang ma’ruf. Seseorang tidak akan dibebani melainkan menurut kadar kesang-gupannya.” (TQS Al Baqarah (2):233)


p/s : s0 aJk lA aYh Sh0pInG eA.... JgN lMe2 .. nNtI BoTaK AyH... huhuhuhu :)

Tip Amalan Berjimat Cermat

Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam kewangan keluarga ialah dengan berjimat cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan.

maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudaraSyaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]




Berikut adalah beberapa tip untuk berjimat cermat dalam urusan kewangan keluarga untuk dijadikan panduan kita bersama:





sEjEnAk..


 Pengurusan Ekonomi Berorientasikan Kebajikan

Abdul Rahman Bin Auf bin Abdul Harith bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luayyi Al Quraisyi Az Zuhri lahir 10 tahun selepas tahun gajah dan membesar sebagai seorang pemuda yang teguh peribadi dan memiliki karismatik yang berkualiti. Beliau mendapat pendidikan awal dengan sifat berani, tegas, toleransi, zuhud dan dermawan. Kejayaan gemilang yang dicapai oleh Abdul Rahman bin Auf Rha. tidak menjadikan beliau lupa daratan dan menyeleweng dari manhaj Rabbani. Sebaliknya beliau menangani kekayaannya dengan menabur bakti kepada agama, perjuangan dan ummah.

Dikeluarkan oleh Abu Nuaim di dalam kitab Al Hilyah daripada Az Zuhri katanya:

"Abdul Rahman bin Auf telah bersedekah di zaman Rasulullah saw. setengah dari hartanya yang berjumlah Empat Ribu Dirham kemudian beliau mengorbankan 40 Ribu Dirham, 500 kuda di jalan Allah swt. diikuti pula 1500 ekor unta di jalan Allah swt. Kesemua harta itu adalah hasil perniagaannya."






p/s : bLaJa la SuNgGuH2 eA... KlaU nK kyE huhuhuu....  :)

Sunday 13 March 2011

PeNgEnAlAn

NaMa : Muhammad hafizuddin b Mohd Shukry
            UmUr: 16 tahun
SeKoLaH: SMKA Nurul Ittifaq




Saya telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh KELAB PENGGUNA yang bertajuk celik wang. Celik wang menpunyai banyak maksud, antaranya ialah bijak dalam menguruskan wang dalam kehidupan. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut.... teruskan membaca teks yang saya akan post setiap masa. Selamat Membaca.... :)