Monday 21 March 2011

Perbezaan Keperluan Dan Kehendak

Sekali pandang mungkin nampak lebih kurang sama maksud dan tafsiran mengenai kedua-dua perkataan ini. Tapi kalau dilihat secara mendalam, apa yang boleh disimpulkan. Keperluan ialah sesuatu yang kita sangat-sangat perlukan. Air dan elektrik sebagai contoh merupakan sebahagian daripada keperluan. Kehendak pula bolehlah ditafsirkan sebagai penambahan kepada keperluan. Kalau kehendak itu tidak ada, kita masih lagi boleh hidup dengan selesa tanpa masalah. Jadi secara ringkasnya keperluan = asas dan kehendak = penambahbaikkan. Walau bagaimanapun cara untuk mendefinisi keperluan dan kehendak ini bergantung pada individu. Jika kita lebih mengejar kehendak maka hidup kita akan penuh dengan masalah. Ada sesetengah perkara merupakan keperluan kepada individu lain tetapi pada individu yang lain pula perkara tersebut merupakan kehendak. Telefon bimbit sebagai contoh mungkin merupakan keperluan pada kita pada masa sekarang tetapi untuk fakir miskin perkara tersebut hanyalah kehendak kerana ada perkara lain yang lebih diperlukannya seperti tempat tinggal, bekalan air bersih, pakaian dan makanan. Kehendak dan keperluan ini juga berubah mengikut aliran masa. Sepuluh tahun dahulu, telefon bimbit hanyalah sebagai kehendak. Tetapi sekarang telah menjadi keperluan bagi kebanyakkan lapisan masyarakat. Begitu juga dengan kereta, televisyen dan lain-lain. Selain itu perbezaan antara kehendak dan keperluan ialah dari faktor kewangan. Selalunya keperluan ini kita akan dahulukan dan tidak berkira untuk membelanjakan duit ke atasnya. Tetapi kehendak ini selalunya dipenuhi apabila ada lebihan wang atau setelah semua keperluan dimiliki. Jadi sebelum merancang memiliki sesuatu,


Al-Quran sendiri menguatkan teori ini ketika ia mengatakan,"Tiap-tiap umat memiliki kiblatnya sendiri yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah dalam kebaikan." (QS 2: 148)

/
p/s: WaAaHhH... pS 4... Ni kEpErLuAn kE kEhEnDaK Ea???? huhuhuhu rNunG2 KaN la.. :)

No comments:

Post a Comment