Saturday 30 April 2011

Tip Mengelakkan Daripada Berhutang

1. Elakkan dari sebarang kemudahan auto-debit dan pembayaran mudah dan sebagainya melalui kad kredit. Ia terlalu mudah sehingga akan menyusahkan anda satu hari nanti.

2. Elakkan dari berbelanja dipasaraya tanpa senarai barang. Anda akan mula rambang mata dan membeli sesuka hati (lebih-lebih lagi anda mempunyai kad kredit)

3. Jadikan hutang ini sebagai satu perkara yang luar biasa dan patut dielakkan selagi boleh. Hutang? Hmm.. apa tu? Yang saya tahu hanya TUNAI!

4. Jadikan proses berhutang sesuatu yang sangat rumit bagi anda. Buat senarai jika anda berhutang, anda perlu mendapat kelulusan pasangan anda, ibubapa anda, kawan-kawan, mengeluarkan segala senarai simpanan anda dan apa-apa saja yang anda rasa sukar.

5. Lengah-lengahkan keputusan untuk berhutang. Semakin lambat semakin bagus. Kerana apabila anda berlengah kebarangkalian anda tidak jadi berhutang lebih tinggi.


Dari jabir bin Abdullah r.a., katanya: Pernah Rasulullah s.a.w apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda: “(Masa) aku diutuskan [...]

p/s: maap2... tlmbat sket... BuZy sKeT... sLaMaT BrAmAl... hu3 :)